Pages

Pengikut Setia

Translate

Tuesday 2 April 2013

Perbuatan Musnahkan Papan Tanda PM Tidak Bertamadun


papan-roboh1Satu lagi perbuatan tidak bertanggungjawab merosakkan papan tanda yang tertera gambar pemimpin negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikesan dengan kejadian terbaru di Puncak Jelapang Maju, Ipoh. 
Kejadian yang berlaku malam tadi dipercayai didalangi sekumpulan 10 orang yang bertanggungjawab menjatuhkan beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar kawasan itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ketika diminta memberi reaksi menyifatkan perbuatan individu yang menjatuhkan papan tanda gambar Perdana Menteri, sebagai bersikap orang tidak bertamadun. 
“Perbuatan begini merupakan satu usaha untuk mewujudkan huru-hara dan perbuatan ini sungguh tidak bertanggungjawab kerana ia menunjukkan sikap yang keterlaluan. 
Saya amat sedih dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemberian Bantuan  kepada Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan di Dewan SMJK Sam Tet Ipoh, hari ini. 
papan-roboh2Beliau juga berkata perbuatan individu itu adalah daripada mereka yang menunjukkan sikap kebencian yang telah ditanamkan dalam diri oleh pihak pembangkang.
“Sikap mereka menunjukkan satu perbuatan di mana tahap pemikiran yang terlalu ekstrem dan ini bukanlah amalan demokrasi yang patut diterapkan dan perbuatan ini amat mengecewakan saya,” tambanya. 
Malam tadi, dipercayai sekumpulan 10 orang telah menumbangkan beberapa papan Billboard yang memaparkan gambar Perdana Menteri di Puncak Jelapang Maju, berdekatan Lebuhraya Ipoh Lumut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...