Pages

Pengikut Setia

Translate

Wednesday 3 April 2013

Najib Umum Perbubaran Parlimen Berkuatkuasa Hari Ini!!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini.
Perdana Menteri menasihatkan semua negeri, kecuali Sarawak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 13 dapat diadakan serentak.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dijangka mengadap Pemangku Raja Perak, DYMM Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Beliau kemudiannya dijangka membuat sidang media khas di pejabatnya pada jam 5.00 petang untuk mengumumkan pembubaran itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...