Pages

Pengikut Setia

Translate

Saturday 20 April 2013

6,000 Penyokong Iringi Dr Zambry

1 comment:

manjung1Lebih daripada enam ribu penyokong Barisan Nasional kawasan Parlimen Lumut, telah hadir beramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon di Manjung pagi ini, untuk menunjukkan sokongan kepada calon-calon  BN yang bertanding dalam PRU-13.
Mereka yang tiba di perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung seawal 8pagi, membawa bersama sepanduk sambil bersorak, berzikir dan mendendangkan lagu-lagu patriotik sementara menunggu ketibaan calon yang disokong.
Parlimen tersebut merupakan salah satu tumpuan utama di Negeri Perak kerana Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merupakan salah seorang calon Barisan Nasional yang bertanding. Ketibaan Dr Zambry pada pukul 8.30 pagi diiringi oleh isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta pencadang Azri Jaafar, disambut dengan sorakan oleh penyokong Barisan Nasional. (KLIK) Selanjutnya

Sunday 14 April 2013

Senarai Calon BN Perak Diumum....Oleh PM nanti

No comments:
IMG 7186Barisan Nasional Perak akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam pilihan raya umum ke- 13 sebaik sahaja calon-calon berkenaan menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak berkata mereka dijangka menerima watikah masing-masing dalam masa yang terdekat ini. Klik (sambungan disini)


Tuesday 9 April 2013

Ulama Pondok Buat Deklarasi Mengejutkan Mengenai PAS

1 comment:

ulamaGolongan ulama pondok semalam membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.
PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama. 
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka. 

Adakah benar PRU-13 Satu Jihad?

No comments:

syurga1Umum Ke 13 (PRU-13). Di warung tepi jalan, kedai kopi, restoran dan coffe house, topik paling hangat ialah pilihan raya umum. Yang tua, yang dewasa, belia, penuntut universiti dan pelajar sekolah, semuanya berbincang mengenai PRU-13 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membubarkan Parlimen pada 3 April lalu.

Surirumah, pemandu teksi, tukang kebun, kerani, kuli, boss, cikgu, pegawai malah penganggur pun tidak kurang pot pet pot pet mengenai pilihan raya.

Sunday 7 April 2013

Dr. M Akui Wan Azizah Pernah Menangis Jumpa Hasmah Mengadu Hal Anwar

No comments:

wan azizah peningIni juga satu cerita yang sudah lama tersimpan.Betulkah cakap-cakap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah berjumpa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menangis mengadu mengenai perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.
Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998.
Namun,tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...