Lebih daripada enam ribu penyokong Barisan Nasional kawasan Parlimen Lumut, telah hadir beramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon di Manjung pagi ini, untuk menunjukkan sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding dalam PRU-13.
Mereka yang tiba di perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung seawal 8pagi, membawa bersama sepanduk sambil bersorak, berzikir dan mendendangkan lagu-lagu patriotik sementara menunggu ketibaan calon yang disokong.
Parlimen tersebut merupakan salah satu tumpuan utama di Negeri Perak kerana Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merupakan salah seorang calon Barisan Nasional yang bertanding. Ketibaan Dr Zambry pada pukul 8.30 pagi diiringi oleh isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta pencadang Azri Jaafar, disambut dengan sorakan oleh penyokong Barisan Nasional. (KLIK) Selanjutnya