Pages

Pengikut Setia

Translate

Tuesday 26 February 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK MERIAH



Lebih 8,000 pengunjung berpusu-pusu ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.


Meskipun majlis sepatutnya bermula jam 3 petang, namun para pengunjung mula tiba seawal jam 1 tengahari. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai makanan daripada pelbagai kaum. Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Selendang Perak serta beberapa artis jemputan.
Acara yang diadakan setiap tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran Duta Perak, Datuk Seri Michelle Yeoh.
Menteri Besar, YAB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan tetamu serta menghulurkan ang pow kepada kanak-kanak.
Tambah Dr Zambry kesudian rakyat yang berbilang kaum hadir ke majlis sempena perayaan sedemikian menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN semakin baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...