Pages

Pengikut Setia

Translate

Sunday 24 February 2013

IM4BINATANG JIKA TERIMA BR1M NIK NAJIS KONPEM NYANYUK


Rata rata kebanyakkan Penyokong PAS menerima BR1M sebanyak RM500 semua sedang sibuk beratur dan menebuskan Vaucar tersebut..Mungkin jauh dalam lubuk hati berkata "Dah Kerajaan nak kasi kita sapu jer, Undi nanti belum tentu hahahaha"


Kerajaan skit pun x ambik hati dengan sikap Puak Puak PAS nih...sebab bagi pihak Kerajaan memberi BR1M ini kerana ini memang hak Rakyat dan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu Rakyat.


Tapi nak dijadikan cerita dalam Puak puak PAS sibuk dok menebus BR1M masing, tetiba Tok Najis pulak kuar statement "Penerima BR1M Serupo Binatang" dah pulak.


petikan dari www.peraknews.com


Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'

Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di Rantau Panjang turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.
Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong malam tadi.
Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.
"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.
"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.
Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.
"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.
"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.
Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.
"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...